Friday, December 20, 2013

Kubur Bernyawa



RM 19.90
ISBN: 978-967-0535-59-3
~480 hlm

Sinopsis :

Sekumpulan remaja dari Kolej Imanshah telah mengadakan perkhemahan di Hutan Simpan Ka ketika bermulanya cuti semester pertama di tahun yang terakhir itu. Asalnya mereka ingin menenangkan fikiran sebelum menempuhi semester yang terakhir.

Namun apa yang dihajati tidak menjadi kenyataan apabila mereka telah membangkitkan roh yang sudah lama tertanam di situ. Bermula dari situ, mereka terpaksa menempuhi episod baru apabila roh yang telah dibangkitkan itu sering mengganggu mereka semua.

Apakah yang roh itu inginkan daripada mereka? Kenapa roh itu tidak mahu melepaskan mereka?

“Tapi macam mana batu nisan boleh ada kat sini? Takkan kubur sesat kot? Mustahil. Siapa yang pacakkan batu nisan kat tengah-tengah hutan ni. Ke ada orang nak menakutkan pengunjungnya?” - JHAZNARUL

“Cu...buangkan buku tu cu. Tolong nenek cu... Nenek merayu, tolong nenek cu...” - ROH NENEK TUA

“Cepatlah kita duduk keliling kubur sesat ni. Lepas tu kita seru nenek tua tu agar dia boleh berikan kita nombor ekor. Cepat sikit jadi kaya.” - FIRDEE AQASHA

“Hei, siapa yang bawa dia ke sini? Cepat siap! Tercegat apa lagi? Kau orang nak mampus ke? Aku masih sayangkan nyawa aku.” - ZUNIKA

Monday, July 8, 2013

KEJAP ADA KEJAP TAK ADA




TAJUK: Kejap Ada Kejap Tak Ada
PENULIS: Ebriza Aminnudin
HARGA: RM 19.90SM / RM 22.90SS
TERBITAN: Buku Prima
Tarikh Terbit: 30 Sep 2012
Sinopsis
Pemalas. Memperhabiskan beras emak bapak adalah kata-kata yang sering dilemparkan oleh Hawadah (Ibu) kepada Abzariq. Abzariq tidak suka bekerja di bawah orang lain, namun dia juga tidak berusaha mencari kerja dengan inisiatif sendiri sehingga kerap kali mengundang amarah Hawadah.

Pertemuannya dengan Adryssa si gadis impian telah merubah segala-galanya. Mahukah Abzariq menuruti segala kehendak Adryssa demi memperolehi cinta gadis itu? Berjayakah Adryssa menjadikan Abzariq dari seorang yang pemalas kepada seorang pemuda yang bertanggungjawab dan mempunyai kerjayanya sendiri?

“Ya. Kau betul. Kita wujud apabila mereka mahu dan kita akan lenyap sesudah mereka menemui apa yang mereka cari selama ini kerana itulah misi kita berada di samping mereka.– Adryssa

“Manalah si chipsmore ni pergi? Kata nak ke tandas saja, tapi kenapa masih tak muncul-muncul. Tak takut terlepas penerbangankah? Adryssa .... Adryssa ... janganlah buat aku tak keruan. Aku betul-betul akan jadi tengkorak hidup nanti.” - Abzariq 
 
Sememangnya aku wanita lemah yang telah disumpah olehMu Ya Allah, akan berada di dalam jagaan keluargaku selagi sumpahan itu tidak berakhir dengan didatangi olehMu jodohku yang bakal melenyapkan segala sumpahan yang telah engkau palitkan pada diriku ini. Dengarkanlah permintaan hambamu ini Ya Allah ya tuhanku. Jagakanlah dia dari lena yang panjang hanya untukku. - Faradina